MENURUT kaji selidik sentimen pekerjaan terkini oleh penyedia maklumat ganjaran dan gaji, Employment Hero, kira-kira 76 peratus pekerja di Malaysia dan Singapura bimbang pekerjaan mereka akan digantikan oleh teknologi. Sebelum ini, seorang penyelidik, Ben Goertzel yang juga pakar kecerdasan buatan (AI) menganggarkan teknologi ini berupaya menggantikan kira-kira 80 peratus pekerjaan manusia dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Senario seperti ini menunjukkan lebih banyak tugas dan kerja manusia mula diambil alih oleh teknologi digital sehingga dilihat menjadi ancaman kepada masa depan kerjaya golongan pekerja. Misalnya, kewujudan AI generatif seperti ChatGPT semakin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya