Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa komited untuk terus memperkukuh dan menambah baik pengurusan pensijilan halal melalui pelbagai pendekatan strategik dan proaktif. Pengiktirafan antarabangsa terhadap pensijilan Halal Malaysia terus diperkukuh dengan penglibatan aktif negara di dalam pelbagai forum antarabangsa serta kerjasama dua hala dengan pihak berkuasa pensijilan halal negara-negara Islam. Di peringkat Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC), kita memainkan peranan cukup aktif dalam Institut Standard dan Metrologi Negara-Negara Islam (SMIIC) yang bertanggungjawab dalam pembangunan dan penyelarasan standard halal. Penglibatan negara dalam SMIIC khususnya sejak diundi sebagai Ahli Lembaga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya