SEMASA mengikuti program ijazah doktor falsafah (PhD) di Universiti Xiamen, China, saya baru sedar terdapat banyak keturunan orang Arab di Quanzhou, Fujian. Misalnya, Kampung Baiqi di daerah Huian, penduduknya dengan nama keluarga Guo merupakan keturunan bangsa Persia yang beragama Islam. Penduduk bernama keluarga Ding di bandar Chendai, Jinjiang, Quanzhou pula merupakan Muslim yang telah mengalami sinikisasi. Namun, kedua-dua kumpulan etnik itu masih memperlihatkan kesan pengaruh Islam dalam amalan hidup dan menonjolkan identiti Islamik dalam kalangan mereka. Keadaan ini telah mengatasi pemikiran stereotaip saya bahawa China diduduki orang keturunan Han semata-mata.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya