BAK kut teh, iaitu sup tulang daging, asalnya babi, berwarna seperti teh Cina yang diangkat menjadi antara makanan warisan negara, telah menimbulkan kontroversi. Ini kerana nama itu tidak dapat dielakkan daripada terkait dengan babi, haiwan larangan untuk umat Islam. Ungkapan bak kut teh adalah daripada bahasa Cina Hokkien. Dalam bahasa ini, perkataan bak bermakna daging secara umum. Walaupun begitu, ia tetap merujuk kepada hanya daging babi sebagai kependekan ti bak. Hal sama juga berlaku pada perkataan daging dalam bahasa Melayu. Ia yang makna umumnya adalah isi antara kulit dan tulang,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya