KERAJAAN meminda Akta Insolvensi 1967 untuk melepaskan kes muflis secara automatik pada waktu singkat. Sementara menunggu akta ini dipinda, sekurang-kurangnya kes kecil bernilai RM50,000 ke bawah yang memenuhi syarat dilepaskan serta-merta mulai 1 Mac lalu. Dengan usaha ini, kerajaan berharap lebih 130,000 orang dapat dilepaskan daripada status muflis atau bankrap. Menurut data Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), jumlah kes kebankrapan yang ditadbir sehingga Februari lalu adalah sebanyak 268,744 manakala bagi 2019 hingga Februari 2023 sahaja adalah 33,388. Antara punca ramai mengalami kebankrapan atau muflis adalah pinjaman peribadi yang mencatatkan 49.31 peratus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya