MELAYU telah lama dianggap sebagai bangsa teras di negara ini. Ia adalah fakta berdasarkan sejarah dan warisan sosiobudaya serta sosiopolitik. Justeru, di dalam perlembagaan kita ada dimasukkan atau dimaktubkan elemen warisan yang mengangkat kedudukan orang Melayu, Islam, raja-raja Melayu dan bahasa Melayu sebagai fasal-fasal penting. Namun, apa yang berlaku sejak sedekad lalu, setelah berlaku perubahan politik dan pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan dan beberapa negeri, hal-hal berkaitan kemelayuan termasuk hak-hak istimewa orang Melayu tidak lagi menonjol atau diberikan tumpuan sewajarnya. Malah, dalam belanjawan tahunan juga didapati peruntukan berkaitan agenda Melayu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya