MANTERA baharu dijaja oleh kepimpinan UMNO kepada pendukung dan ahli parti adalah memulih, memperkukuh serta mengembalikan kekuatan kepada asal bagi mempertahankan semangat serta perjuangan sebagai sebuah parti keramat untuk orang Melayu. Mampukah kepemimpinan sekarang mengembalikan UMNO di zaman kemuncaknya dengan masalah dalaman yang kian bertimbun tambah? Antaranya perpecahan yang sedang berlaku kesan daripada penyingkiran dan penggantungan tokoh-tokoh besar di dalam parti. Jelas apa yang dilakukan oleh Tun Abdul Razak Hussein berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Presiden UMNO sekarang. Abdul Razak membentuk pakatan baharu ketika UMNO serta Perikatan masih kuat.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya