KETIKA artikel ini ditulis, pertempuran terus memuncak di Khartoum dan pada masa sama, wakil kedua-dua pihak bertelagah menghadiri rundingan di Arab Saudi. Rundingan berkenaan diharapkan dapat menamatkan konflik lebih tiga minggu. Inisiatif Amerika Syarikat (AS)-Arab Saudi merupakan percubaan serius pertama bagi menamatkan pertempuran antara tentera dengan kumpulan separa tentera, Pasukan Sokongan Pantas (RSF) yang menjadikan sebahagian ibu negara Sudan sebagai zon perang. Situasi ini terus mengancam nyawa rakyat apatah lagi Kementerian Kesihatan Sudan melaporkan lebih 500 orang terbunuh dan hampir 5,000 cedera. Selain kematian dan kecederaan, konflik turut menyebabkan rakyat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya