KOPI Hainan merupakan satu budaya makanan dan minuman yang unik lagi popular di Malaysia dan Singapura. Kopi Hainan boleh dikatakan menjadi minuman kegemaran harian pelbagai kaum di kedua-dua negara ini. Pada pertengahan abad ke-19, ramai orang Cina keturunan Hainan berhijrah ke Tanah Melayu untuk mencari penghidupan baharu. Disebabkan kekurangan peluang pekerjaan, ramai dalam kalangan mereka bekerja sebagai tukang masak atau pembantu dapur di rumah orang British atau keluarga Baba dan Nyonya. Lama-kelamaan, orang Hainan berjaya menghimpunkan dan menguasai pelbagai ilmu dan kemahiran tentang penyediaan makanan dan minuman orang putih. Mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya