TIDAK seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri terdahulu, lebaran tahun ini disambut lebih bermakna apabila tirai dibuka dengan detik geopolitik bersejarah. Pada 10 Mac lalu, umat Islam menyaksikan bibit keamanan tercetus di Asia Barat apabila China berjaya menjadi pengantara perjanjian yang memulihkan hubungan antara dua kuasa Islam terbesar rantau itu, Arab Saudi dan Iran. Pemulihan hubungan Arab Saudi dengan Iran memunculkan banyak perkara baharu yang positif dan memberi isyarat bahawa pengantaraan China menjadi satu mercu pengiktirafan terhadap kedudukan baharu Beijing dalam dasar global. Kesannya, Washington semakin gelisah. Malah, sekutu terkuat mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya