SENTIASA membahasakan diri baginda sebagai ‘saya’, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar amat disenangi rakyat jelata, Bangsa Johor sebagai seorang raja yang berjiwa rakyat. Malah, baginda sering menjadi yang pertama menyantuni rakyat jelata yang ditimpa musibah termasuk bencana banjir besar yang melanda negeri ini, baru-baru ini. Sultan Ibrahim turut berkenan membawa bersama kerabat diraja Johor, khususnya putera-putera baginda menyantuni mangsa-manga banjir bagi memastikan kemudahan dan keperluan yang disediakan di pusat pemindahan sementara (PPS) mencukupi. Selain menyantuni dan meninjau keadaan rakyat, baginda turut bermurah hati dengan menggerakkan beberapa aset untuk membawa bantuan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya