DUA perkataan yang paling banyak digunakan atau disalahgunakan dalam dunia politik adalah ‘perjuangan’ dan ‘pengorbanan.’ Kedua-dua perkataan ini adalah mulia dan juga murni serta memperlihatkan gambaran bahawa mereka yang berpegang kepada perkataan ini pasti mempunyai nilai yang tidak mementingkan diri sendiri. Tetapi berapa ramai yang menggunakan perkataan ‘perjuangan’ dan ‘pengorbanan’ itu memahami maksudnya? Sayangnya dalam dunia hari ini, sikap tidak mementingkan diri dan yang ikhlas dalam perjuangan dan pengorbanan semakin pupus. Perkataan-perkataan itu hanyalah permainan di bibir. Keikhlasan dengan memahami erti serta semangat perkataan-perkataan itu sudah lama lenyap di hati.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya