MUKADIMAH MALAYSIA bakal menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Dunia Keempat, September ini. Namun, sehingga kini, Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) masih berhempas-pulas mencari tajaan bagi menjayakannya. Presiden MSDeaf, ONG SHIN RUENN ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di Kuala Lumpur, kelmarin, ternyata kecewa dengan situasi tersebut. Katanya, dalam banyak perkara, sukan orang pekak di negara ini seolah-olah tidak diiktiraf dan dihormati termasuklah insentif diterima atlet pekak yang tidak setara dengan atlet paralimpik meskipun dalam perlembagaan negara, MSDeaf setaraf Majlis Paralimpik Malaysia dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya