SEKTOR pertanian memainkan peranan penting dalam ekonomi negara dengan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.9 peratus pada 2022. Sektor perladangan kelapa sawit khususnya menyumbang hampir 35 peratus kepada KDNK pertanian menjadikan industri minyak sawit penyumbang terbesar kepada sektor pertanian. Malaysia merupakan pengeluar serta pengeksport kedua terbesar minyak sawit dunia selepas Indonesia. Tujuh destinasi eksport minyak sawit Malaysia yang utama adalah India, China, Kesatuan Eropah (EU), Turkiye Kenya, Pakistan dan Filipina. Kesemua tujuh pasaran ini merangkumi hampir 62.2 peratus (9.68 juta tan) daripada jumlah keseluruhan eksport minyak sawit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya