APABILA harga daun kari dilaporkan naik sehingga RM15 sekilogram di Pulau Pinang pada awal tahun ini, berita itu kurang mendapat perhatian ramai. Walaupun rata-rata masyarakat pelbagai kaum di Malaysia menggunakan daun kari dalam masakan harian, kenaikan harga bahan rempah itu seolah-olah bukan isu besar untuk ditularkan. Sewaktu membaca berita mengenai rungutan beberapa peniaga di pasar awam dan kedai runcit di akhbar, saya teringat catatan sejarah tentang negara-negara Eropah seperti Portugis dan Belanda menjajah beberapa wilayah di Nusantara semata-mata kerana mahu menguasai perdagangan rempah-ratus. Pada zaman itu, rempah-ratus amat bernilai dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya