KESUKARAN graduan mendapatkan pekerjaan, gaji permulaan terlalu rendah dan terlebih kelayakan dalam pekerjaan bukanlah cabaran baharu yang tidak diketahui umum. Analisis data satu dekad Kajian Pengesanan Graduan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) merungkai beberapa dapatan penting perlu diberi perhatian oleh pihak berkepentingan dalam mengatasi cabaran graduan baharu dalam pasaran buruh. Sejak 2012, jumlah keluaran tahunan graduan tempatan melebihi 200,000 orang dan separuh daripadanya berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh setahun menamatkan pengajian. Selebihnya pula belum mendapat pekerjaan (23 peratus), memilih untuk menyambung pengajian (20 peratus), menyertai program-program…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya