MENGENANG cerita lucu pada zaman kanak-kanak sering membuatkan saya tersenyum sendiri. Ketika itu, saya suka meniru apa sahaja yang dilakukan oleh kakak-kakak. Mereka hebat pada mata saya, justeru, saya juga mahu menjadi sehebat mereka. Memasuki usia lima tahun, saya tertarik tatkala mendengar kakak-kakak bercerita tentang azam tahun baharu mereka. Saya mendengar dengan teliti dan bertanya pelbagai soalan untuk memahami apa yang mereka perkatakan. Setelah itu apa lagi, bergegas mencari kertas untuk menulis apa yang mahu saya capai pada tahun tersebut. Azam dan angan-angan tidak banyak perbezaannya bagi kanak-kanak pada usia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya