AKHIRNYA selepas lima hari berlalu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) barulah Perdana Menteri ke-10 dapat dilantik, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kelewatan pelantikan Perdana Menteri disebabkan tidak ada mana-mana parti politik yang mendapat kemenangan majoriti dua pertiga atau sekurang-kurang majoriti mudah 112 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan. Anwar dipilih setelah Pakatan Harapan (PH) UMNO-Barisan Nasional (UMNO-BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersetuju untuk membentuk kerajaan perpaduan. Ia bukan kerajaan majoriti yang didominasi oleh mana-mana parti politik tetapi dibentuk hasil persetujuan bersama oleh parti-parti terbabit yang tidak memperoleh majoriti dalam PRU15.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya