DENGAN pengabsahan kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri melalui usul undi percaya di Dewan Rakyat baru-baru ini, kita mengharapkan negara akhirnya dapat mempunyai sebuah kerajaan yang lebih stabil demi kemakmuran hidup semua. Rakyat akan tersepit jika para pemimpin lebih sibuk berpolitik daripada memimpin negara dan membela nasib rakyat. Atas kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, parti-parti politik yang dahulunya bermusuhan perlu belajar duduk semeja dalam satu entiti demi semangat Persekutuan. Saya sifatkan ini adalah antara semangat yang mahu ditanam ke dalam diri pemimpin-pemimpin politik semasa Seri Paduka menitahkan supaya kerajaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya