SETIAP laluan pasti ada liku-likunya. Jalan yang membawa kami kali ini dari Tawau ke Kampung Tagupi Laut di Lahad Datu, Sabah mengambil masa hampir enam jam dan sebahagiannya tidak berturap di dalam estet kelapa sawit. Namun di sebalik liku-liku tajam laluan ini, ada kegembiraan dan rindu yang tidak dapat digambarkan. Ini adalah kali ketiga saya bersama delegasi pasukan #TagupiMembaca berkunjung ke Pusat Pembangunan Minda Insan (PPMI) di Kampung Tagupi Laut. PPMI tersebut ialah sekolah alternatif usaha Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) Sabah bagi menyediakan pendidikan untuk golongan kanak-kanak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya