SEBAIK sahaja Parlimen dibubar, maka kerajaan yang mentadbir negara bertukar kepada status kerajaan sementara atau caretaker government. Situasi ini berlaku kerana Perdana Menteri dilantik melalui mandat yang diberikan melalui kepercayaan majoriti anggota Dewan Rakyat. Apabila anggota Dewan Rakyat tidak lagi wujud akibat pembubaran Parlimen, maka kedudukan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri tidak lagi sama dengan keadaan biasa. Sewaktu kerajaan sementara, anggota Kabinet tidak tertakluk kepada pertanggungjawaban Dewan Rakyat, maka, kuasa mereka perlu dihadkan. Anda mungkin masih tertanya-tanya apa maksud sebenar kerajaan sementara? Apa pula bezanya kerajaan sementara dengan kerajaan yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya