DI Malaysia terdapat lebih 10,000 buah pertubuhan atau persatuan Cina dan sesetengahnya mempunyai sejarah menjangkau lebih 200 tahun lamanya. Persatuan-persatuan Cina ini lazimnya diklasifikasikan berdasarkan unsur-unsur tertentu seperti dialek, tempat asal, pertalian darah, industri dan profesion, persekolahan, keagamaan serta pertubuhan perkuburan. Pada zaman penjajahan British, mereka menggalakkan kedatangan orang-orang keturunan Cina dari China ke Malaya secara giatnya. Pendatang Cina ini banyak menceburkan diri dalam sektor perlombongan bijih timah, perladangan dan perdagangan. Mereka yang berasal dari wilayah berbeza-beza memiliki dialek-dialek seperti Hainan, Hakka, Kantonis, Hokkien dan Teochew. Pada masa itu, British…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya