PERLIS dengan keluasan 821 kilometer persegi merangkumi sekitar 200,000 penduduk, tiada bangunan tinggi dan pusat beli-belah yang besar. Pawagam juga tidak ada. Bagaimanapun, Perlis kaya dengan keindahan alam semula jadi yang tidak pernah diterokai selain sawah padi menghijau dan bukit batu kapur berusia jutaan tahun yang penuh keunikan. Tanpa terlalu banyak pembangunan, kami rakyat Perlis selesa dengan suasana sekarang. Aman, damai dan tenang. Bagi menikmati ketenangan sama, pelancong luar sejak kebelakangan ini mula memilih Perlis sebagai destinasi untuk bercuti. Minggu cuti persekolahan baru-baru ini, Perlis sesak. Pelancong berpusu-pusu datang ke…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya