TATKALA rakyat menunggu penuh debaran untuk menyambut Hari Malaysia pada 16 September lalu, seorang anak pertiwi, Tun Dr. S. Samy Vellu menghembuskan nafas terakhirnya sehari sebelum. Generasi muda Malaysia pascakemerdekaan perlu tahu bahawa kelahiran Gagasan Malaysia mempunyai kaitan rapat dengan Samy Vellu. Apabila Presiden Indonesia, Soekarno melancarkan konfrontasi menentang penubuhan Gagasan Malaysia pada 1963, malah mengisytiharkan slogan Ganyang Malaysia, ramai rakyatnya memprotes dan merosakkan pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta. Bahkan menganjurkan protes di jalanan di Jakarta dan Medan serta membakar bendera Malaysia yang merupakan identiti dan simbol kebanggaan serta kedaulatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya