DALAM bahasa Inggeris, terdapat perbezaan antara istilah boss (bos) dan leader (pemimpin). Dengan kata lain, bos bukan setaraf dengan pemimpin! Rata-rata taraf seorang pemimpin dianggap lebih tinggi dan terhormat berbanding bos. Misalnya, pemimpin sering dikaitkan dengan peranan menginspirasi, berpegang kepada matlamat yang lebih murni serta tinggi makamnya bukan yang agak remeh serta sempit sifatnya. Ini terkesan dalam perkataan bossy (suka mengarah) – yakni lebih mementingkan kedudukan dan kuasa daripada kebaikan dan kesejahteraan. Mengarah itu dan ini sekehendak sahaja. Jika tidak pasti akan ada padahnya. Malah sesiapa sahaja boleh bersikap demikian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya