DATA terbaharu daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan kadar inflasi negara masih belum menunjukkan tanda-tanda penurunan. Indeks Harga Pengguna (CPI) meningkat kepada 4.4 peratus pada Julai lalu berbanding Julai 2021. Peningkatan CPI ini didorong sebahagian besarnya oleh kenaikan harga makanan. Di samping itu, peningkatan kadar inflasi juga lebih tinggi berbanding 3.4 peratus yang dicatatkan pada Jun lalu. Bukan itu sahaja, firma penyelidikan Kenanga Research turut menjangkakan negara terus merekodkan kadar inflasi yang tinggi dalam beberapa bulan mendatang disebabkan penurunan berterusan nilai ringgit. Justeru, kerajaan menetapkan harga siling bagi beberapa barangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya