KALI terakhir saya dengar istilah ini adalah ketika membuat liputan kerja-kerja pemindahan Wisma Putra di Kuala Lumpur ke Putrajaya, beberapa hari setelah tamat Sukan SEA ke-21 di ibu kota. Waktu itu, rakyat ‘kecoh’ bukan kerana Malaysia muncul juara temasya serantau tersebut dengan 111 pingat emas tetapi dek insiden 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS). Menteri Luar masa itu, Tan Sri Syed Hamid Albar menjadi tumpuan media tempatan untuk reaksi bagi mewakili kerajaan, namun beliau ada bercakap mengenai pelbagai tajuk berbeza. Antaranya pelan rasionalisasi Kementerian Luar yang disentuh secara ringkas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya