KAMI mulakan dengan serangkap pantun yang merupakan tamsilan leluhur kita yang bijaksana dalam mengungkapkan bahasa sebagai alat atau perlambangan diri yang cukup besar. Apa dijual apa dibeli, Mari sukat gantang Ali, Bahasa tak boleh dijual beli, Dari hidup sampai mati. Maka tidak hairanlah jika pantun satu daripada hasil keintelektualan tinggi bahasa Melayu yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Warisan Melayu Tidak Ketara pada 17 Disember 2020 di Paris. Bahasa Melayu menjadi lingua franca sejak abad ke-15 lagi dan begitu menyerlah sejak era Kesultanan Melayu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya