MELANGKAH masuk ke Ogos dan diikuti September, sudah semestinya seluruh rakyat teringatkan rentetan peristiwa yang mewarnai perjalanan sejarah negara tercinta ini. Tetapi yang pastinya terbayang di pemikiran kita adalah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan kejayaan pembentukan gagasan Malaysia. Tanpa dua peristiwa penting ini, kemungkinan besar sejarah negara kita berbeza sama sekali daripada apa yang kita lihat hari ini. Dalam mengimbau sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu, negarawan terulung, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meletakkan perpaduan sebagai batu asas. Beliau yang berpegang pada prinsip kesederhanaan, percaya perpaduan antara kaum amat penting,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya