DALAM masa kurang seminggu lagi, masyarakat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha buat kali pertama sejak berada di dalam fasa peralihan endemik. Mengikut kelaziman, satu ke dua bulan sebelum Hari Raya Aidiladha merupakan tempoh sibuk di mana peserta yang berminat untuk menunaikan ibadah korban selesai membuat tempahan nama dan bayaran. Melihatkan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, dijangka ibadah korban juga akan rancak dan ditunggu-tunggu umat Islam. Berdasarkan perkembangan semasa, umat Islam sudah boleh menunaikan ibadah korban dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kelonggaran yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya