SEMPENA Hari Pelarian Sedunia baru-baru ini, kami ingin meraikan 182,960 individu yang berdaftar di bawah Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini. Saban tahun, komuniti pelarian di Malaysia berdepan persepsi buruk masyarakat tempatan. Tanggal 20 Jun setiap tahun diiktiraf sebagai Hari Pelarian Sedunia untuk meraikan golongan pelarian di seluruh dunia. Ini adalah satu penghormatan di atas keberanian mereka meninggalkan kampung halaman bagi menyelamatkan diri daripada konflik dan penindasan berterusan. Hari Pelarian Sedunia berhasrat membuka mata dunia tentang nasib malang yang dihadapi oleh komuniti ini. Ia juga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya