KES buli melibatkan pelajar sekolah sehingga kini masih lagi tiada titik noktah. Walaupun banyak kes dilaporkan dan diambil tindakan, namun isu ini terus berulang sehingga membawa kepada kematian. Di mana salah dan silapnya? Antara alasan sering dilontarkan adalah kesukaran berurusan dengan pihak sekolah. Apabila pihak sekolah enggan memberi kerjasama untuk berjumpa dengan ibu bapa atau penjaga, sudah pastinya tidak dapat menyelesaikan masalah. Jadi, timbullah provokasi, bertikam lidah dengan guru sehingga tular di media sosial. Difahamkan ibu bapa atau penjaga perlu mengikut prosedur ‘sampah’ yang ditetapkan sekolah. Pastinya ibu bapa atau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya