“REPUTASI yang baik lebih berharga daripada wang.” – Publilius Syrus, penulis Latin. Keputusan kes saman fitnah di antara pelakon Hollywood, Johnny Depp lawan bekas isterinya, Amber Heard, baru sahaja dikeluarkan. Barisan juri sebulat suara memutuskan Heard perlu membayar pampasan sebanyak AS$10 juta untuk ganti rugi am dan AS$5 juta untuk ganti rugi punitif kepada Depp. Namun, memandangkan undang-undang di Virginia, Amerika Syarikat (AS) mengehadkan ganti rugi punitif kepada AS$350,000 sahaja, maka Hakim Penney Azcarate memutuskan agar had ini dipatuhi. Sedangkan Depp pula diarahkan membayar pampasan AS$2 juta kepada Heard untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya