DALAM kemelut yang dibawa oleh pandemik selama ini, pelbagai pentafsiran semula boleh berlaku. Baik dari segi pemakanan sehinggalah cara berpakaian, semuanya terkesan memandangkan kesempitan hidup ditanggung ramai khususnya kumpulan terkebawah dalam lapisan sosioekonomi yang kian merudum. Apatah lagi jaminan hidup yang dahulu ditampung pelbagai pihak sudah pun susut ataupun tiris akibat segala macam desakan khususnya kesihatan serta keselamatan. Akibat itu, dua nilai kini dikatakan terpenting dalam mengharungi gelombang kemelut tersebut, yakni sikap ‘merendah diri’ dan ‘bersifat ikhlas.’ Kedua-dua nilai ini dikira amat perlu bagi mencapai satu bentuk kesetaraan dan keseimbangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya