TIDAK keterlaluan untuk kita merumuskan sifat malu semakin terhakis dalam diri masyarakat apabila ramai yang mula terjebak dalam kancah rasuah, pecah amanah, penyelewengan serta salah guna kuasa. Misalnya, jumlah individu ditahan dan didakwa kerana kes rasuah dan salah guna kuasa semakin bertambah membuktikan ramai yang sudah hilang rasa malu atau tidak lagi menjadikan sifat malu sebagai benteng untuk kekal beramanah dan berintegriti. Ini satu situasi cukup membimbangkan dan sudah semestinya kita tidak mahu imej negara terus tercalar dek masalah rasuah yang semakin serius. Baru-baru ini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya