MALAYSIA gagal mencapai tahap sara diri (SSL) dalam pengeluaran makanan setelah hampir 65 tahun mencapai kemerdekaan. Di manakah silapnya? Dengan keluasan 330,000 kilometer (km) persegi tanah subur dan iklim yang kondusif untuk tanaman makanan serta ternakan, Malaysia ketinggalan jauh daripada kebanyakan negara ASEAN lain. Malaysia turut mempunyai 4,675 km pantai yang dicemburui nelayan Thailand dan Vietnam. Nelayan kedua-dua negara itulah yang sering dikesan menceroboh kerana ikan memang banyak di perairan negara. Namun, harga ikan dan lain-lain hasil laut sangat mahal untuk dinikmati oleh rakyat. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya