RAMAI golongan muda zaman sekarang terutama yang tinggal di bandar cenderung menyuarakan tentang kesamarataan antara kaum, merujuk kepada dasar bumiputera. Tetapi sedarkah adik-adik muda kita ini bahawa sememangnya tujuan diadakan dasar bumiputera ialah untuk mencapai kesamarataan antara kaum? Bacaan yang dibuat pada 1970 mencatatkan bahawa keluarga miskin dalam kalangan orang Melayu adalah 64.8 peratus, sementara pegangan ekuiti dalam syarikat di negara ini oleh bumiputera hanyalah 4.3 peratus. Suatu jurang ketidaksamarataan yang amat besar antara bumiputera Melayu dan kaum Cina. Maka dasar bumiputera yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) diwujudkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya