MELAYU adalah bangsa yang terkenal kaya dengan budaya dan adat tradisi indah. Pengaruh tradisi ini cukup besar dalam membentuk keseluruhan kebudayaan Melayu merangkumi seluruh sistem dan aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan tradisi dan warisan budaya Melayu terbina melalui proses sejarah panjang dan memiliki sifat kedinamikan dan keanjalan yang membolehkan ia melalui dan mengalami proses perubahan. Dalam konteks ini, kita dapati berlakunya sikap penolakan terhadap tradisi budaya yang dianggap lapuk dan menghalang kemodenan dan kebebasan. Banyak tradisi yang dianggap jumud dan berbentuk khurafat ditolak oleh masyarakat Melayu khususnya generasi muda. Cumanya, masalah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya