TULAR video perbuatan seorang individu yang memperolok-olokkan pergerakan orang kurang upaya (OKU) fizikal sebagai bahan jenaka sehingga memaksa komuniti OKU bersuara dan melaporkan tindakan berkenaan kepada pihak berkuasa. Tindakan individu yang sama sebelum ini juga tular dengan perbuatan menjengkelkan, seolah-olah ingin mengekalkan perhatian masyarakat kepada dirinya. Perbuatan yang mengundang laporan polis, kecaman daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) OKU serta surat terbuka oleh senator yang mewakili OKU di Dewan Negara, Senator Ras Adiba Radzi memaparkan isu menyindir OKU kali ini serius dan sensitif. Sikap ini menggambarkan segelintir masyarakat negara kita masih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya