KANABIS atau ganja merupakan sejenis tumbuhan herba yang terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga spesies utama iaitu sativa, indica dan ruderalis. Sativa merupakan spesies yang paling banyak dijumpai dan di tanam di serata dunia. Tumbuhan ini mengandungi sekurang-kurangnya 540 jenis alkaloid dan paling utama ialah delta-9-tetrahydrocannabinol (THC) dan cannabidiol (CBD). THC bertindak memberikan kesan kepada otak dan minda (psikoaktif) penggunanya. CBD pula tidak, malah dikatakan mempunyai manfaat perubatan dan kesihatan. Kandungan CBD dikatakan mempunyai risiko penyalahgunaan yang rendah. Istilah ‘ganja’ atau ‘marijuana’ merujuk kepada tumbuhan mempunyai kandungan THC yang tinggi manakala ‘hemp’…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya