SEMASA pentadbiran 22 bulan kerajaan yang lepas, rakyat dikejutkan dengan kritikan pedas terhadap prestasi banyak menteri. Lantas dicetuskan oleh pengkritik cadangan supaya ‘disekolahkan’ menteri-menteri terbabit. Ia bukanlah sekolah dalam bentuk kelas tetapi latihan itu mesti wujud. Dalam banyak hal memang ada lompangnya. Misalnya, menteri tidak dapat membezakan antara dasar dengan perbuatan harian. Sebab itu berlaku perbuatan pelik-pelik sehinggakan ada pentas siap mikrofonnya melancar sukarelawan banjir dan macam-macam fiilnya lagi. Kadangkala seseorang itu diambil menjadi anggota Kabinet atas kedudukannya dalam parti politik. Sesetengahnya dapat jadi menteri tanpa melalui asuhan dari bawah.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya