SUKAN Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing yang sedang berlangsung menjadi medan pertaruhan kepentingan geopolitik antara China dan kuasa Barat diterajui Amerika Syarikat (AS). Temasya Olimpik kali ini menjadi pentas diwarnai polemik kontroversi dan kemelut kehangatan penguasaan pengaruh dan kepentingan strategik kuasa besar berpaksikan pertembungan dua ideologi dan kepentingan berbeza AS dan China. Sukan Olimpik Musim Sejuk ini menjadi sandaran strategik China dalam mengangkat kedudukan, imej dan pengaruh negara Tembok Besar itu setelah terpaksa menempuh persepsi serta tanggapan buruk terhadapnya daripada sebahagian besar masyarakat global terutama sejak sedekad lalu. Antara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya