SEMASA kanak-kanak dan membesar di Taiping, Perak, saya sering mendengar frasa jaati bukkan digunakan oleh penutur bahasa Tamil. Gelaran itu ditujukan kepada kelompok tertentu dalam masyarakat. Sebagaimana sering berlaku kepada pelbagai istilah yang dituturkan penduduk majmuk dengan latar budaya dan bahasa ibunda berbeza, frasa jaati bukkan juga mengalami perubahan. Maka tidak hairanlah rata-rata rakan-rakan kaum India yang saya hubungi baru-baru ini tidak mengetahui makna frasa itu. Malah ramai yang tidak pernah mendengarnya. “Jaati yang dimaksudkan itu merujuk kepada kasta, bukan?” tanya Harvintha Reddy dari Pagoh, Johor. Persoalan ini amat wajar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya