MUTAKHIR ini, istilah Little Napoleon kembali mencuri tumpuan umum. Ironinya, isu ini seakan lagu lama yang diulang kembali seiring peredaran zaman. Banyak laporan akhbar dan tulisan akademik mengulas tindakan segelintir penjawat awam yang disifatkan sebagai Little Napoleon. Huraian demi huraian, sebab musabab dan kesan daripada perbuatan tersebut sering kali diulas. Sekiranya diteliti, cadangan penyelesaian juga dibincangkan sehingga peringkat persidangan akademik. Ini menunjukkan fenomena Little Napoleon sesuatu yang benar-benar memberi kesan kepada sistem penyampaian perkhidmatan awam. Umum mengetahui, Little Napoleon terdiri daripada kakitangan bawahan atau mereka yang kurang berkuasa tetapi mendapat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya