KEMENANGAN Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Kelantan sebanyak 37 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), di Terengganu 22 daripada 32 kerusi DUN dan di Kedah, 15 daripada 36 kerusi DUN merupakan satu kejayaan besar. Dorongan kemenangan Pas ini disebabkan pertambahan undi rakyat yang marah ke atas kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan perpecahan dalam kalangan ahli UMNO. Walaupun Pas bertanding sendirian, sebagai gabungan dalam Gagasan Sejahtera yang berjaya memperoleh 18 kerusi Parlimen menjadi penentu kepada pembentukan kerajaan hari ini selepas jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya