HAKIKATNYA ketika ini, rakyat sedang berhadapan sekurang-kurangnya tiga krisis utama, iaitu kesihatan, ekonomi dan bencana alam yang memberi kesan langsung kepada seluruh aspek kehidupan seharian. Umpama sudah jatuh ditimpa tangga, dugaan demi dugaan yang berlaku mencengkam kehidupan semua lapisan masyarakat. Ternyata selepas hampir dua tahun, kita masih bergelut dengan ancaman wabak Covid-19 yang kelihatan terus muncul dengan varian baharu seperti Delta, Omicron dan terkini IHU yang dikenal pasti oleh saintis di Perancis dilaporkan mempunyai 46 mutasi. Fenomena krisis kesihatan global ini memberikan ancaman cukup besar kepada keselamatan nyawa penduduk dunia.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya