Hidup sederhana lepas banjir - Utusan Malaysia

Hidup sederhana lepas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA mendapat Ping di Kota Damansara dan destinasinya ke Shah Alam. Seorang perempuan naik bersama dua beg agak besar. Selepas menyapa, saya pun mula ajak bersembang dengan bertanyakan barang yang dibawanya.
Cerita Atun, seperti nama tertera pada aplikasi Grab, dia mahu ke rumah kawannya dan kemudian pergi ke rumah makciknya di kawasan yang terjejas banjir bulan lalu.
“Hantar kain baju ke itu?” tanya saya.
“Tak kak, hantar barang-barang elektrik dan barang lain ke rumah makcik. Kasihan dia, semua barang habis dibawa banjir,” cerita Atun.
Dari situ, mulalah kami bersembang tentang banjir teruk yang berlaku baru-baru ini.
“Makcik saya itu tinggal seorang. Lepas kemas rumah dia dulu, memang tak ada tinggal apa-apa. Perabot dan semua barang elektrik habis.
“Pendek kata, macam duduk rumah baru. Kosong. Sebelum ini rumahnya ibarat gedung beli-belah, penuh barang. Semua ada,” kata Atun
Katanya, tak banyak yang boleh diguna semula. Maka, terpaksalah memulakan hidup seperti baru masuk ke rumah baharu.
Kata Atun, melihat kesan banjir dan melalui pengalamannya sendiri membantu makciknya mengemas rumah, dia mendapat pengajaran berbeza selepas tragedi tersebut.
Ia macam mesej luar biasa yang dianggapnya sebagai satu wake up call tentang kehidupan.
“Perangai saya tak ubah macam makcik saya. Suka beli barang dan rumah penuh dengan barang yang tak perlu pun. Saya dengan suami sama saja. Tambahan pula, kami sudah 10 tahun kahwin tiada anak. Jadi, di mana lagi hendak berbelanja kalau tak untuk diri sendiri.
“Dalam seminggu, courier barang wajib singgah rumah beberapa kali sebab kami beli secara online. Suami dengan barang-barang dia, saya pula dengan barang saya,” kata Atun. Namun pasca banjir menyedarkan dia suami isteri.
“Saya bayangkan kalau rumah saya kena banjir dan air mengaut semua barang saya, aduhai, tak tertanggung sedih itu. Jadi saya suami isteri berpakat memberi semua barang yang kami tak perlu kepada mangsa banjir.
“Baju, cadar, selimut, malah perkakas elektrik yang berlambak di rumah saya, saya beri semua. Bukan barang reject, elok semuanya. Malah ada tak pernah pakai lagi. Kami sepakat nak hidup sederhana, simple dan kata orang minimalis.
“Sekarang ini rumah kami lebih banyak ruang, lebih simple dan tak serabut. Kami ada lima basikal, dan kami sudah jual tiga.
“Suami saya ada tiga motosikal dan dia dalam proses nak menjual dua daripadanya.
“Kami nekad hidup sederhana. Tapi bukan mudah untuk berubah, kena cekal dani saling mengingati untuk tak membazir,” kata Atun.
Selepas menghantar Atun ke lokasinya, saya tutup aplikasi Grab kerana sangat terkesan dengan pengajaran yang dia dapat.
Terus fikiran menerawang ke rumah sendiri yang ternyata juga seperti sebuah stor. Terasa nak membuang segala barang tak perlu di rumah pula! Tapi jualan Tahun Baharu Cina tak lama lagi pula. Aduhai…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya