RABU 25 Ogos tahun lalu, Pakatan Harapan (PH) dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) mempelawa semua parti pembangkang untuk menyertai atau bekerjasama dengan mereka. Diketuai pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim, kenyataan yang disebarkan kepada media itu selaras dengan konsep ‘khemah besar’ PH ke arah menjadi pembangkang yang berkesan. Waktu itu idea `khemah besar’ dipandang sepi semua parti pembangkang. Itu pun dicetuskan oleh PH kerana untuk menghadapi sidang Parlimen yang bakal bermula 6 September tahun itu. Ini termasuk kemungkinan diadakan sidang khas lebih awal untuk membahaskan usul undi percaya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya