PERUT sudah berbunyi. Terus capai telefon pintar dan buat pesanan makanan. Lambakan pilihan jenis makanan hanya menunggu ketikan jari. Selang beberapa minit, makanan dan minuman dipesan tiba, siap dibandung rapi. Memang mudah, hanya tepuk dada dan tanyalah selera. Gabungan kemajuan teknologi telefon pintar dan syarikat p-hailing menjadikan perkara sebegini sebagai suatu norma baharu kerana kemudahan yang dimanfaatkan pengguna. Namun, tanggungjawab pula semakin berat digalas di pundak pekerja p-hailing, ataupun sering digelar sebagai riders yang membanting tulang meredah panas dan hujan demi keselesaan pengguna yang tidak perlu keluar rumah untuk mendapatkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya