SETELAH melakukan lawatan tiga hari ke Indonesia dari 9 hingga 11 November, komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala dengan negara-negara jiran ASEAN diteruskan lagi melalui lawatan sehari ke Singapura, 29 November lalu. Seperti dinyatakan oleh Ismail Sabri dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, sebagai jiran terdekat, hubungan erat antara Malaysia dan Singapura amat penting di mana libat urus pelbagai peringkat yang lebih aktif dan kerjasama lebih rapat pastinya adalah jalan ke hadapan untuk kedua-dua buah negara.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya